Pages

Wednesday, February 23, 2011

Trip Paksa Rela....

Lokasi : Tuas, Yan
Tekong : Syawal(anak Pak Cha)
Ahli Komplot:
1. Che Mie(Ketua Mafia)
2. Rizal (baru nak blajaq)
3. Md Noor (Otai Koh Ahdang)
4. Azril (Budak kecik)
5. Izam (Otai bottom)
6. Aku le (rusdi)
Teknik : kasting temenung,kasting bulus,bottom dan apa2 teknik yg halal.
Hasil : 4 ekoq Tenggiri(ikan Target), 7 ekor otek, 2 ekoq kerapu.


salam sejahtera...kali ini aku mau ceritakan satu trip yang dibuat sebelum tahun baru cina iaitu 01.02.2011. Sebelum trip ni sebenarnya aku dah dulu turun dengan geng2 dari luar dr team ni pada penghujung bulan 1 dan hasilnya agak membanggakan..

Oleh kerana teracun dengan trip aku hari tu,ahli2 team ni pun apa lagi,kalut nak buat trip la..dan mereka semua bersepakat untuk turun pada 01.02.2011. aku juga turut dijemput untuk menyertai trip ini tapi oleh kerana aku baru saja balik dr laut maka aku ambil keputusan untuk tidak turut serta tetapi dipaksa oleh ahli2 yang mau turun disebabkan kekurangan ahli yg berminat..

maka dalan rela dan terpaksa aku gagahkan diri gak,nasib baik KDN bagi lesen walaupun dalam terpaksa gak,hehehee..aku sebenarnya malas nak ikut disebabkan poket pun dah nak kosong n ikan berlambak lagi kat dalam peti ais..(org tua kata,kalau ikan duk ada lagi kalau kita pi mancing kemingkinan besar nak kumpau tu ada)..

Kami bertolak agak lewat iaitu sekitar pukul 8 pagi disebabkan air surut.semua hli komplot dah tak sabar nak turun beraksi.

situasi dalam perjalan menuju ke lubuk,hehhee...









permandangan dari jauh,jambatan yang menghubungkan pulau bunting







Dipendekkan cerita,kami semua selamat berada ditengah laut bersama tekong boat si Syawal(anak pakcha)..sampai je kat tuas,n selapas boat diikat,acara kasting pun bermula..kasting punya kasting..satu ekor tenggiri pun tak sangkut...adalah dua tiga kali rabut dan azril punya spiner putus dirembat...

aku sekadar tenggiri potong umpan je..potong cantik lak tu...menjelang tengahhari baru lah tenggiri pertama berjaya dinaikkan..tersenyum panjang che mie(maklumlah,lesen awal),hhehehe..



aku tetap tak berputus asa,kasting punya kasting lagi..semua ahli berkerja keras..ada yang kasting n ada dah start dengan membottom..tiba-tiba sreettt....sreeettt....rod aku melentor,sah dah kena sentap dek tenggiri...dalam pada masa dok layan tiba-tiba plepapppp....kat kaki aku,mata spiner sirizal plak hinggap kat kaki...apasal lah mamat ni duk kalut baling kat kaki aku lak..terkejut aku dibuatnya n aku terus berhenti layan n tengok kat kaki takut tersangkut lak mata spiner...pada masa tu lah si tenggiri berjaya melepaskan diri,huhuhu...takde rezeki..

tiba-tiba sreetttt....sreettt...kat sebelah depan boat..rupanya si azril lak kena henjut dek tenggiri..layan punya layan,maka naik lah lesen tenggiri pertama beliau setelah beberapa kali turun ke tuas ni...senyum lebar nampaknya...heheheehee..


aku pun dah bosan dengan acara kasting beralih lak ke acara bottom..tiba-tiba rod aku dihenjut kuat,layan punya layan naik lah otek...hari tu kami diserang oleh kumpulan otek..aku,che mie,md noor,izam semua dapat bawak naik otek...cuma izam yg otai bottom,dapat bawak naik kerapu..


dalam kami duk berpesta acara bottom,tiba2 sekali lagi sreettt...sreeetttt...bahagian kepala boat plak bunyi drag..rupanya si rizal dah kena hemtam kat tenggiri..layan punya layan,pump punya pump,alih2 rabut...sedih aku tgk muka rizal..maklumlah nak ambik lesen tapi tak dapat lak...(kena belajar lagi tu mcm mana nak layan),hehehee.....

aku yang dr pagi tadi tak dapat lesen tenggiri,mula beralih ke acara kasting balik..tak bleh jadi ni,kenapa aku tak dapat lesen lagi,malu lah aku kena kutuk dek mereka ni..che mie dah lama duk tunggu nak hentam aku ja,maklumlah sebelum ni aku banyak duk hentam diaorng ni..bukan apa nak bagi naik semangat ja,hehehee...

kasting punya kasting...untuk melepaskan badi kumpau dan minit-minit terakhir..sreeetttt..sreeettt...rod aku kena henjut n drat kuar mencurah-curah...layan punya layan,akhirnya naik gak tenggiri penyelamat maruah,hehehehee....
aku kata kat che mie,"hero tak kalut,sentiasa potong tang koner"..hehehe...

itu lah ikan terakhir trip itu,kami pun bertolak balik petang tu dan sampai ke pengkalan n bergambar serta bahagi2kan hasil tangkapan..(dalam hati masing2 duk pikir akan repeat lain nanti),heheheee...repeat tetap repeat..kawan yang kumpau jangan putus asa,ada lah tu nanti...

layan lah gambar yang ada ni,semua tangkap kat darat sbb masa kat laut tak sempat ambik gambar..





















































antara ahli2 komplot dalam trip ini dari kiri, rizal, md noor, che mie dan izam...aku dan azril macam biasalah,tukang ambik gambar,huhuhuhu.....


Lain kali kita serang lagi dan kerja lebih kuat..carii yangg tuaaaa punyaaaa...
wassalam..