Pages

Wednesday, May 18, 2011

Tenggiri lagi..Trip tarik rambut dalam tepung.

Kali ni aku nak ceritakan satu trip mencari serta menrenew lesen tenggiri tuas..
Lokasi macam biasalah,tuas yan....

Trip kali ni merupakan trip yang boleh dikatakan "Tiada rotan, akar pun jadilah". Ini disebabkan trip yang sebenarnya berhajat untuk menduga tuas balak melalui tekong sungai udang tetapi memandangkan sudah fully book,kami terpaksa memilih tekong lain..

Susah jugak nak dapatkan khidmat tekong pada hari tersebut iaitu 17.05.2011, maklumlah hari tersebut cuti umum 'wesak day'.

sepertimana diberitahu tekong,boat akan keluar agak lewat pada hari tersebut memandangkan air pasang agak lewat..maka pukul 6 pagi baru kami semua merempit ke kole dulang..pukul 7 dah tercongok kat jeti..sebelum loading barang2 dalam boat,kami perkena nasi lemak kat warung tepi jeti bagi isi perut duluuu..

pukul 7 lebih kami pun terus loading barang2 kat dalam boat,tekongg haram tak nampak batang hidung pun lagi..


sambil2 tunggu tekong,sempat gak lah berpose sekeping dua..ni lah antara ahli2 yang ingin mencari dan menrenew lesen..Dari kiri Md Noor,AZril,KImy,Rizal.Yang baju "jambu" berbunga tu,aku datangkan Khas dari UAT,Munet sitokey buluzzz...kawe punya sifuu ni,hehehee..


dalam duk tunggu tekong,si kimy ni buat tak sabar dah...kalut duk siapkan set pancing..tak sabar nak cari lesen ka tak sabar nak renew lesen,hehhee..


Bila matahari naik tinggi cam gini baru lah tekong muncul n start boat..tergiang2 kat telingga aku tekong kata 'kalau kuar awai boleh balik awai'..apa kejadah awai nya,bila matahari dah naik cam gini,huhuhuhu....


dekat kul 8 cam gitulah,baru tekong start merempit ke lokasi pemburuan..bukan main laju tekong ni bawak boat..laju sebab lewat ataupun apa ni,dalam hati aku dah tak sedap rasa..grenti hari ni balik awai..huhhuhu..


Dari jauh nampak jelas kelihatan jambatan yang menghubungkan pulau bunting dengan daratan..biasanya time kami turun tak pernah nampak tengok pun jambatan tu..maklumlah,matahari dah meninggii...huhuhu....


Dalam perjalan ke tempat pemburuan utama,kami singgah jap di tuas darat,cari umpan hidup,tapi sekor pun tak dapat..uisskkk..kemana habis anak2 ikan ni...kalau takdak umpan idup alamaknya tak meriah lah hari ni..15 minit cuba mengapollo,lepas tu terus gerak...
sampai je kat tuas,masing2 siap mengeluarkan set tempur. aku ngan munet cuba membuluzz kat belakang,manakala yang lain mengapollo umpan idup kat hadapan boat..
Tiba-tiba riuh rendah je kat depan,rupanya sekor anak tenggiri tersangkut kat mata apolo si rizal..sekilo lebih jugak ni...akhirnya rizal berjaya mendapatkan lesen tenggiri walaupun melalui teknik apolo,memang mantopp..hehehehee..


Puas kami duk appolo tapi sekor anak ikan pun tak naik..umpan idup mmg takdak lah hari ni..maka terpaksalah kami kasting ngan umpan mati dan drift umpan mati dan isi ikan..hasilnya naik gak tenggiri tua 4.78kg melalui teknik hanyutkan isi ikan oleh munet..


puas duk kasting dan membuluzz tapi tak sekor tenggiri pun yang sangkut..cuma banang je yang naik..sreeettt..sreetttt...sekali lagi kat belakang drag bunyi,rupa2nya kail munet yang berumpan isi ikan sekali lagi ada yang sudi menghentam..layan punya layan naik lah sekor lagi anak tenggiri...jadilah,rezeki...


Sampai dekat nak tengahari hanya beberapa ekor je yang sudi menjamah umpan yang kami hulurkan...rupa2nya arus laut dah berubah arah..boat pun dah berpusing masuk ke dalam tuas,susah nak kasting mahupun drift,buluh tuas melintang kat zon mencampak umpan..tekong kata, kita alih tambat kat buluh lain tapi bila je nak start boat tak mau hidup,stater pulak buat hal...apa lah nasib kami hari,huhuhuhu..

selepas makan tengahari,kami diserang plak segerombolan golok/belitung..hanya beberapa ekor je yang berjaya dinaikkan...hari ni golok ni sombong..mau makan isi ikan sahaja..ada tulang sikit pun dah tak mau layan..
masa ni gambar tak dapat diambil,semua ahli sibuk mau layan golok,hehheee..

baru je kul 3 petang tekong jah ajak balik..katanya kalau balik lewat nanti tak bleh nak masuk kole...akuu dah agak dahhhh..jahanammmm..jahanammmm....
dalam perjalan pulang kelihatan awan mendung berarak disebelah darat,menyambut kepulangan kami...
begitu mendungnya awan,begitu juga lah "mendungnya" hati kami semua..
hasil kurang,masa memancing pendek...tak puassss...


aku pun dah tak tau nak kata apa lagi,kecewa pun ada,frust pun ada...tengoklah gambar dulu buat tatapan mata....

Sifuuu buluss tertidur keletihan...letih akibat karau buluss tapi tarak hasill,hehehehee...


muka2 mereka-mereka yang kecewa dan keletihan,hehehheee...


inilah antara hasil kami yang tak seberapa..tapi kira adalah gak rezeki untuk dibuat lauk....


Pemenang jackpot pada hari ini,rizal dengan tangkapan tenggiri hasil mengapollo,heehheehee..


sedikit video untuk layan jiwa,hehehe...


sekian sahaja merapu meraban dari aku...
nanti kita jumpa lagi pada next trip.."TRIP REPIT,KERJA KERAS"..
WASSALAM..