Pages

Tuesday, June 14, 2011

Fishing Rod & Specifikasinya

Rod memancing merupakan satu aspek yang penting didalam melengkapkan setup pancingan itu sendiri. Ini kerana, kuasa dan daya tarikan ikan akan diserap oleh rod dan diagihkan ke pemancing. Di pasaran terdapat puluhan brand dengan ratusan model dari sependek sehingga sepanjang melebihi 14".


Diantara jenis-jenis rod yang ada dipasaran merujuk kepada setup memancing itu sendiri sebagai contoh spinning rod (pemasangan Spinning Reels dibawah rod), baitcasting rod (Pemasangan Multipilyer@BC diatas rod), Suftcasting rod (Rod yang panjang melebihi 10"), fly rod (Aksi bend yang terbaik) dan telescopic rod (Pancingan puyu, sepat).

Selain jenis-jenis rod yang berbeza, material pembuatannya juga memberi perbezaan yang besar didalam penghasilannya. Diantara material yang selalu digunakan didalam pembuatan rod ini adalah seperti, Carbon Fibre, Composites Carbon Fibre, Graphite, High Modulus Graphite, Boron Composites dan sebagainya. Bahan-bahan pembinaan rod ini akan memberi kesan keatas sifat fizikal sesuatu rod.

Lazimnya bahan pembinaan rod yang terdiri dari fibre sedikit berat tetapi tahan lasak manakala graphite lebih ringan dan sedikit sensitif. Selain material pembuatan rod itu sendiri, material pembuatan cork atau pemegang juga dilihat ada pelbagai pilihan dipasaran diantaranya Eva foam, Aluminium, Kayu, Gabus dan plastik sentetik. Cork yang ringan & tahan lasak lazimnya menjadi pilihan.

Pembuatan rod ni tidak lengkap tanpa pemasangan guidesnya. Dan diantara jenis material guides yang tersedia dipasaran terdiri daripada titanium, steel, reinforced Aluminum Oxide , Silicon Carbide (Sic) dll.

Selain dari pembuatan dan jenis-jenis rod dipasaran, tahukah kita ia juga mempunyai had dan limitnya bergantung pada keupayaannya. Sebagai contoh Ultra-light, Light, Medium-Light, Medium, Medium Heavy, Heavy, Ultra- Heavy.

Indikatif ni agak subjektif kerana nilai kekuatan ni merujuk kepada pengeluar sendiri tanpa satu standart yang tetap. Cuma kita menggunakan ultra-ligth rod untuk mensasarkan ikan-ikan kecil dan Ultra-heavy untuk ikan puluhan Kg yang ada dilautan.

Manakala sesetengah rod juga dilengkapkan dengan recomendation Action yang dibekalkan kepada pemancing. "Action" pula merujuk kepada kebolehupayaan dan tindakbalas rod terhadap force bending dan kelajuannya untuk kembali ke bentuk asal. Contoh action yang ada dipasaran adalah seperti Slow, Medium, Fast. Atau bahasa kampungnya adalah kekerasan sesuatu rod. Dengan Fast Action, pengeluar menawarkan tindakbalas rod paling cepat kembali kebentuk asal semasa aktiviti membaling umpan dilaksanakan. Ini kerana Rod Fast Action menawarkan rod yang keras dan sensitif untuk aktiviti casting dan lontaran lure yang jauh kesasaran.


Manakala kelebihan slow Action pula boleh membentuk "U" Bend sehingga ke Cork atau Butt rod kerana slow action menawarkan rod yang lembut dan lebih flexsible. Ini memberikan kesan dramatik ketika menarik ikan. Oleh itu lazimnya action ini akan dipengaruhi 100% oleh material pembuatan rod itu sendiri. Ini kerana Fast Action rod disediakan dari material HMG (High Modulus Graphite) manakala Slow Action rod disediakan dari material fibre@ Carbon fibre.

Adalah penting untuk kita gandingkan reels dengan keupayaan kekuatan satu-satu rod. Ini kerana pembekal telah menyediakan kekuatan dan keupayaan rod merujuk kepada "Line Weight" yang di cetak diatas rod. Ada sesetengah merujuk kepada nilai PE dan ada yang merujuk kepada nilai Poundage (lb). Setelah ujian demi ujian dilakukan keatas rod, pengeluar akan memberi nilai kekuatan keatas rod yang hendak dipasarkan. Jangan sesekali kita menggunakan kekuatan main line yang melebihi kekuatan rod itu sendiri. Nanti main line tak putus, rod pula patah.

Manakala bagi penggemar casting atau penggunaan lure tiruan seperti jig dan popper adalah penting merujuk kepada nilai "Lure Weight" yang dicadangkan agar lure dapat dilontarkan semaksima mungkin kesasaran. Ini kerana penggunaan lure yang ringan atau terlebih berat dari nilai yang dicadangkan akan menyebabkan lure tidak dapat dilontarkan dengan jarak yang maksimum. Selain itu untuk pancingan jig pula aktiviti jig lebih efectif dengan penggunaan berat jig yang di cadangkan oleh pengeluar. Sebagai contoh nilai yang ditunjukan adalah seperti 100g atau 3oz dengan unit g (gram) dan oz (ounces)

Dan diakhir pemilihan pastinya kita lihat kepada bilangan pieces rod tersebut. Sudah semestinya Rod One Piece menawarkan kekuatan dan konfiden level yang tinggi tetapi kesukaran untuk dibawa dan diangkut kesana kesini menjadi permasalah pula kepada pemancing.

Thursday, June 9, 2011

Tuass lagiii..Lubuk Tenggiri..

Salam sejahtera semua...



Kali ini aku nak menceritakan tentang satu trip baru baru ni iaitu pada 04.06.11.

Lokasi pertarungan tak lain tak bukan kat tuas lagi lah..

Kali ni tuas yang dipilih ialah tuas wan jugak..

Tuas Wan yang terkenal dengan hasil tangkapan tenggiri yang begitu banyak sehingga kan ahli group bersepakat untuk membooking boat sampai hujung tahun,hehehhee...



Pada trip kali ini kami dioffer oleh bang wan untuk mencuba Boat yang baru dibelinya..boat ni boleh memuatkan pemancing sehingga 7 org..bila bilangan ahli naik,tambang pun sudah tentu naik jugak lah,huhuhuhu....



Boat ni agak selesa jika dibandingkan dengan boat bang wan yang lain dan merupakan satu2nya boat yang ada tandas kat kole dulang ni...



Selesa tak selesa boat ni,anda saksikan sendiri apa yang ahli2 komplot buat semasa perjalanan ke lubuk,hehehehehee



































































































































kami bertolak pada jam 6.00 pg keluar dari kole..Tekong kali ni ialah Tekong Man,tekong baru ni..Biasalah,boat baru,tekong pun kena baru juga lah,hehehehhe...



Tekong ni memang sempoi dan orang jenis periang,maklumlah budak bujanggg...kalu anda tak percaya tenggok lah,pagi2 bawak boat dah tak pakai baju,tak sejukkk kee....





Tapi yang tak tahannya ada ka patut dia bagi kat si munet ni bawak boat..terbalikan boat ni baru tau..dah lah si munet ni duk gila stereng,maklumlah ketenya dah lama masuk garaj..hehehe....









































Sampai je kat tuas matahari dah meninggi...kelihatan buluh tuas melambai2..tengok air macam cantik je...mintak2 ikan ada hari ni....











































Smapai je kami terus "bekerja"..paling awal munet dak strike kat belakang dengan menkarau bulu..sreetrerrtt....sreeetttt.....tussss...putus....awai2 lagi dah putus,petanda nak kumpau lah ni,katanya si munet....



Dipendekkan cerita pada hari tu ikan agak kurang,mungkin faktor umpan hidup takde kot..tapi kira banyak gak strike,potong umpan dan putus..yang dijadikan rezeki hanya sekor golok dinaikkan oleh munet, sekor tenggiri oleh aku, 2 ekor oleh bang aji dan 2 ekor oleh ambok tekong..

Yang peliknya simunet telah berjaya mengkasting "ruby snaper" ni...cayalah munet,ang memang teror,hehehehe..





Sebelah petang plak aku dan bang shaari beralih kepada teknik lewang bulu itik untuk mengklepet cencaru dan talang..dan ini hasil yang kami dapat kelepet....ahlhamdulillah,rezeki..

















Pukul 4 petang kami bertolak pulang ke jeti...sampai dijeti terus dihagi2kan hasil kepada semua ahli..







Sekian dulu dari aku untuk kali ini..trip repet pada 18.06.11...Wahai penunggu-penunggu Lubuk,Tungguuu kami datang kerja kan..hehehehehe....

Tuesday, June 7, 2011

Mengamok dituas.....

Kali ini aku nak ceritakan satu trip yang telah lepas,iaitu 22.05.11 bersamaan 18 Jamdilakhir.



Lubuk yang kami serang kali ini ialah Tuas Wan,kat mana lagi kalau bukan kat Yan, Kedah..



Pada hari tersebut, boat akan bergerak dari kuala agak lewat gak memandangkan air pasang lambat,kul 7 lebih baru kami bertolak kuar Kuala Dulang..

Boat di pandu oleh Tekong Jan..tekong ni dah tak asing bagi kami semua,mmg dah selalu kuar ngan dia..





Trip kali ini terdiri dari ahlul komplot yang bukan asing bagi aku..kami dah mmg jadi satu team dalam arena mancing kat tuas ni..cuma beberapa orang je yang bukan menjadi ahli tetap memandangkan kesibukan masing2..tapi tetap ada gak penganti dikalangan ahli kamiyang lain..



Antara ahli komplot kali ini ialah Bang Shaari, Munet, Rusdi(aku), Fareez, Bang Aji dan Din(kawan Munet. Din ni je ahli baru dan mmg dia ni baru nak belajar..



Din dan fareez sempat lagi merehat kan diri sementara boat sampai ke destinasi pertarungan..



Sampai je kat tuas,si munet dah mula lancarkan serangan tapi malang baginya..awal2 lagi dah putus bulu yang dikaraunya..'aiksss petanda tak baik ni!!' kata simunet...

aku pun tak lepaskan peluang,terus capai senjata berumpan kan bulu reben...

aku dengan munet terus berlawan mengarau bulu...munet dah lima kali putus dan aku dah dua kali lekang..dalam hati aku 'apa yg tak kena plak aku hari ni,tak mau nak lekat plak',huhuhu...



dalam kami duk rancak karau bulu,tiba-tiba sreeettt...sreeettt...bang aji dah strike..akhirnya naik lah tenggiri pertama..

sebelum sampai tengahari bang aji dah dapat buat naik 2 ekor tenggiri..yang lain dah rasa tercabar,lebih2 lagi si munet,hehehhee..



kini giliran aku plak strike, sreetttt..sreetttt...drag pen fierce aku berbunyi nyaring...mesin dan rod baru aku dah 'pecah dara' dengan hasil membulu...





selepas makan tengahri ikan dah start kurang galak..sampai belah petang, aku dapat bawak naik lagi sekor tenggiri ke dalam tong ais melalui teknik kasting temenung mati dan bang shaari dapat tarik naik sekor tenggiri melalui kaedah drift kembung mati....



petang air dah mula berubah arus....bang shaari pun dah beralih plak kepada talang dan cencaru melalui teknik lewang..rupanya petang tu kami diserang oleh amukan talang dan cencaru...



aku pun turut tidak ketingalan melayan talang dan cencaru menggunakan apollo...

Hasilnya kami dapat mengklepet talang sebanyak 63 ekor dan cencaru 36 ekor...



hasil keseluruhan trip kali ini agak memuaskan dengan:

Tenggiri : 5 ekor

Golok : 1 ekor

banang ; 7 ekor

Talang : 63 ekor

Cencaru : 36 ekor

Otek : 2 ekor

Kerapu : 1 ekor



Kul 3.30 ptg kami bertolak balik ke jeti...kalau balik lambat cikit lagi mau belambak2 talang dengan cencaru..hehehehehehe...

takpa, nanti kita repet lainn..



inilah hasil kami untuk dibhagi2 kan...







Penuh gak lah hasil dalam 1 tong iglu dan 1 tong cooleman..alhamdulillah..semoga trip2 yang akan datang rezeki kami lebih murah...