Pages

Sunday, February 7, 2016

MENDUGA SI SEPIT BIRU SUNGAI MUDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini admin nak cerita mengenai komplot singkat admin bersama anak 'jate' untuk menduga si sepit biru sungai muda sempadan kedah/p.pinang.

Hasil duk kena "racun" kat dalam FB kerap sangat oleh saudara MD Khalil Salleh membuatkan admin ibarat cacing kepanasan, teruja untuk menduga si sepit biru ni.. Rasa nak terjah je kat sungai muda tu tapi para pembaca semua kena ingat,nak terjah ke lubuk yang kita tak biasa ni kita kena lah ada sedikit ilmu, kena servey dulu keadaan disana.. servey la apa yang patut, contohnya, pasal geografi, pasal diet udang kat sana, pasal tip-tip yang berguna supaya kita tak membangau dan mengumpaw kan diri...hihihi...

Md Khalil Salleh ni ropanya Sifu atau otai kat sungai muda, nama tu ikut nikname FB beliau...Orang kampung duk panggil pakjang ja.. Dia ni tak kedekut ilmu, tanya pi lah nak tanya pa pun,hihihi...lagi satu dia juga duk buat sewa boat untuk orang2 nakpi menjenggo kat sungai muda tu.. kalau ada yang teringin boleh la add dia kat FB, nanti pm lah tanya apa yang patut..ni link fb beliau https://www.facebook.com/mdkhalil.salleh?fref=ts .kalau nak call tu call no ni 0125984881...Maaf noo pakjang, promote cikit..hehehehee..

Kat sungai muda ni diet jenggo tak cerewet lah sangat, biasanya duk guna umpan umpun-umpun nipah, isi ikan temenung dan juga perut ayam.. Tentunya para pembaca sekalian sedia maklum mengenai umpun-umpun kan...klau nak tahu mengenai umpan isi ikan temenung dan perut ayam boleh lah pembaca melawat kat wall tuan md khalil salleh aka pakjang tu, ada beliau kongsikan cara2 nak sediakan dua umpan tersebut...Nak ilmu kena cari ye, rajin-rajin lah selak sana... Maaf noo pakjang, sekali lagi promosi FB pakjang,hehehehe... nanti dah melawat FB pakjang tu jangan pulak berdarah hidung tengok pakjang punya koleksi jenggonya...tapi kalau yang tak tahan jangan cuba-cuba masuk sana ye...hahahahaha...

NI dia umpan ikan temenung yang Otai Md Khalil sediakan.. sedikit gambar ehsan dr FB pakjang...hehehehe...

Ni pula cara letak isi ikan temenung dekat mata kail


Yang ni pula umpan perut ayam yang otai kita sediakan...Nak tahu detail boleh lah tanya Md Khalil sendiri..


Ok lah , dirigkaskan cerita boleh lah cuci mata dengan gambar hasil admin beriadah bersama anak 'jate' ni.. Tak lah lumayan sangat tapi boleh lah sekadar buat lauk dan apa orang putih kata 'quality time wift my boy"...






nanti kita jumpa lagi dalam laporan yang lain..
terima kasih kerana sudi melawat dan membaca coretan yang tak seberapa ini
Salah dan silap serta kekurangan harap dimaafkan.






Monday, February 1, 2016

MAKLUMAN PERTUKARAN LAMAN BLOG.

Assalamualaikum.... Terlebih dahulu admin memohon maaf kepada pengunjung blog admin www.kkspfishingteam.blogspot.com kerana begitu lama admin tidak membuat sebarang 'update'... Blog admin kena 'hack' kat seseorang yang tidak senang hati...siapa punya angkara biar tuhan sahaja yang tahu.. Kesempatan ini, admin nak maklumkan bahawa blog tersebut telah admin duplicate ke blog ini... Insyallah akan admin 'update dari semasa ke semasa bergantung kepada tahap kesibukan admin sekarang ni....maklumlah, ayah kepada bakal 4 orang anak dan suami kepada seorang anak mertua... selamat berkunjung ke laman baru ini ye semua... wassalam..