Pages

Wednesday, December 22, 2010

TRIP MEMBELASAH TENGGIRI..

Aku sebagai ketua lanun telah berbincang dengan juragan yang akan membawa kami ke kapai karam untuk menentang mat2 rempit yang khabarnya berkeliran dikawasan kapai.Juragan Bang Mat berkata 'tak kisah untuk turun kalau hangpa semua berani,tu kata orang yang dah otaimer kat laut..bagi kami lanun2 baru nak kenai boat ni,bila je dengar dah kecut perut..dengan itu kami mengambil keputusan untuk menunda tarikh tapi malangya semua tarikh2 yang ada dah penuh dibooking org..jadi terpaksalah cari tekong lain..

Setelah gagal turun disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu,akhirnya lanun2 dapat menarik nafas lega bila trip kali ini dapat diteruskan.Trip ni sebenarnya menggantikan trip yang terpaksa dibatalkan sebelum ni.

Seawal jam 5.30 pagi,loceng jam anset aku berbunyi...dengan semangat untuk turun melayan mat rempit aku bangun mandi walaupun terasa sejuk..sejuk2 pun takpe,mengai punya pasal..alangkah bagus kalau aku boleh bangun pagi2 mcm ni pi sembahyang subuh berjemaah kat masjid,hehehe...

setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta, aku terus bertolak ke kuala dulang..maklumlah,janji ngan tekong sebelum kul 7 kena ada sana...tapi bila kami sampai kul 7,batang hidung tekong pun tak nampak...tel punya tel kat tekong tapi tak berjawab lah plak...boat2 lain semua dah bergerak keluar dari kuala...ni yang buat hati lanun2 semua tak senang duk...sat tak sat tekong sampai,katanya tel dia tertinggai kat umah,patut laa...

Tanpa membuang masa kami terus masukkan barang ke dalam boat,kena cepat sebab air tengah surut.kalau tak tak dapat kuar le...dipendekkan cerita kami pun betolak menuju ke tuas...sampai je,tekong terus main bulu...yang lain duk sibuk buat persiapan masing2..tiba2 zenngggg...zenggg..bunyi drag,rupanya sekor mat rempit dah tersangkut kat bulu oleh si tekong...



dalam aku duk pasang spiner dan umpan,kat depan boat plak riuh randah...rupanya hafiz dengan lesen tenggiri pertama beliau...riuh bukan apa,maklumlah budak baru kan,hehehhee...



selepas tu giliran aku plak renew lesen,hehehe...paling besar dalam trip,dekat 8kg..



sampai ke tengahhari kami terus digasak oleh tenggiri dan juga belitong...penat gak melayan...lesen belitong pertama azril setelah putus 2 kali,hehehe...drag kunci ketat sangat...



che mie yang bertungkus lumus duk kasting sampai ke petang untuk ambil lesen akhirnya berjaya juga...walaupun lesen P tapi kira ok lah tu,hehehe...



yusran bersama lesen tenggirinya....bleh tahan...



apa kata layan gambar dulu...







pada sebelah petang pula nagin dan ombak semakin kuat,ikan pun dah kurang memakan umpan....tekong suruh kami kemas barang dan bersedia untuk memecut balik ke kuala sebelum angin dan ombak lebih menggila...kul 4.15 ptg kami menuju ke kuala...ini lah hasil keseluruhan trip yang boleh dibahagi2kan sesama ahli komplot...lain kali akan repeat lagi....tunggu...


Wednesday, October 20, 2010

trip santai 2.10.10

salam kepada semua...sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini...
kali ini aku post kan sedikit laporan tentang trip kami pada 02.10.10 yang lepas..

Trip ni dirancang agak awal dengan kesua ahli komplot telah menyatakan kesanggupan untuk turun menghanyirkan diri..dua boat telah dibooking..
tapi malangnya ramai ahli terpaksa menarik dan hanya tinggal 1 boat sahaja yang akan turun.
2 hari sblm waktu bertarung bermula,2 org lagi ahli komplot menarik,yang tinggal hanya pemancing yang mempunyai semangat juang yang tinggi,4 orang sahaja...setelah ditimbang,dihitung,ditolak n dicampur kami menggagahkan diri untuk meneruskan perjuangan..4 org pun 4 org lah,janji lepas gian...maklum lah dah bercuti panjang bulan pose..kapten(che mie) kami cakap tak cukup ahli pun tetap turun,tangan dah terketar2,tidur pun dah termimpi2..hhahahaa...tu cakap orang yang bakal akan kumpauuu...hehehe..

persiapan telah dibuat dengan tugas menyediakan umpan diserahkan kepada md noor dan tugas menyediakan makanan diserahkan kepada aku(sedi)..apalagi,bergegaslah aku masuk tesco beli apa yg patut termasuk lah makanan favorite iaitu meggi,hahaha...

selepas subuh kami bertolak ke jetibatu lintang,tekong(pak wahab) boat dah siap masukakn barang dalam boat..tapi cuaca kurang mengizinkan,ujan lah plak...dalam hati aku dah terdetik,adakah trip kali ni akan kumpauu...

alang2 dah sampai kita turun lah katanya tekong..kami bertolak dr jeti batu lintang terus ke jeti senggatang garam,ambil sorang lagi ahli komplot(yusran)..sampai kat citu hujan makin lebat,terpaksalah kami berteduh dulu dijeti tersebut..tengok lagit pun gelap semacam..tekong kata tu kaki ribut,kat laut tentu ribut kuat...apa lagi,dengar je tekong cakap macamtu,semangat juang kami pun turut kelam macam lagit kat atas tu,dah jadi samar2..hehehe..

pukul 9 pg baru kami bertolak dr jeti senggatang garam tu pun masih ujan..apa nak buat,dah nasib...hajat nakpi ke tuas tak dapatlah...kami mancing dekat pulau2 je..
tapi trip ini kira kami berpuas hati walaupun ikan target tak dapat sebab tekong bawak kami kasting gerepoh..memang best layan kasting gerepoh ni rupanya..

cakap banyak pun tak guna kalau takde buktinya kan..oleh tu saya paparkan gamabr hasil tangkapan yang tak seberapa..ni pun gambar dapat diambil setelah balik kat jeti..kat laut tak bleh nak tangkap,ujan tak brenti..



banyak ikan pulau je..kerapu yang paling banyak..tapi best gak kerapu..masak 3 rasa woo...



isilah hasil keseluruhan trip kali ini yang tak seberapa...kami akan repeat lain nanti..hahahaa..

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA KAMI(WARGA KKSPFT) BUAT SEMUA UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...
MANCING PUN MANCING JUGAK...RAYA TETAP RAYA....LEPAS RAYA TERUS MANCING....HEHHEHE....

Wednesday, August 25, 2010

TeKNik Membuat Spiner Tenggiri

Sedar tidak sedar, Hari ini sudah masuk hari ke 15 Ramadhan. Bermakna telah 15 hari umat islam berpuasa.Didalam bulan ramdhan ini kebanyakan semua aktiviti memancing dihentikan buat seketika,termasuklah juga KKSPFT. Orang kata kalau dah cinta mesti angau yang akan menjelma. Begitu juga lah di dalam aktiviti memancing ini, kalau dah minat tak boleh turun mancing boleh tengok sungai pun jadi lah...

Aku tak kata pada orang lain,aku kata pada diri aku sendiri. Orang lain tu aku tak tahu lah,mungkin teruk lagi kot,hehhehe...Dalam bulan puasa ni dalam fikiran aku sentiasa berlegar2 tentang memancing,tengok je sungai aku terus je terfikir,best ni kalau dapat casting...Bukan aku tak boleh turun untuk melepaskan 'gian' tapi kalian semua faham2 lah keadaan kat rumah dalam bulan puasa ni,turun mancing kan tak pasal2 lak aku berbuka dengan air sejuk bila time berbuka nanti,hehehhe..

Untuk menghilangkan kebosanan aku serta 'kegianan' aku itu,aku memenuhi masa lapang dengan menservis peralatan memancing aku yang tak seberapa itu dan juga memperaktikkan beberapa ikatan yang aku telah pelajari sampaikan orang rumah aku pun naik boasan tengok aku duk asyik buat perambut pancing je...bukan apa,senang sikit untuk trip lepas raya nanti,hehehhhe...harap2 trip tu nanti jadi ye(*pesanan untuk kapten kami).

Melalut panjang lah plak aku ni...oklah,berbalik kepada kita punya tajuk.sebenarnya bukan susah kita nak buat spiner untuk casting tenggiri ni..kalian semua pun boleh buat sendiri..teknik aku blajar dari tekong kat tuas yan,kedah..teknik ni memang popular dan mujarab kat sebelah utara ni..Untuk menyenangkan kalian semua faham,aku rasa lebih baik aku letakkan gambar daripada kalian semua dengar aku punya penerangan..bukan apa, takut melalut kot lain je,hehehe...


Penyediaan bahan-bahan

Mengikat hook

Hasilnya....

aku harap kalian semua dapat sedikit gambaran hasil daripada apa yang aku sampaikan ini....
*tip: nak main casting pakai spiner ni,bulu or gewang kat laut perlulah dikarau laju barulah ikan minat nak sambar umpan.kalau tak ikan just follow je umpan..macam mana nak bagi dapat karau laju,kalian pakailah reel yang mempunyai gear ratio sekurang-kurangnya 6.0 ke atas...

Sunday, August 8, 2010

Persediaan memancing ikan di pantai

1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Fahami keupayaan kekeli sebelum membeli

Fahami keupayaan kekeli sebelum membeli


Maksud ‘bearing’, ‘gear ratio’ dan ‘line capacity’ yang biasanya tertera pada spesifikasi produk kekili.



Bearing – Jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah mesin/kekili. Contohnya ‘3 ball bearing’ bermaksud terdapat 3 alas bebola yang digunakan dalam kekili.

Alas bebola bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek.

Terdapat kekili yang dipasang dengan 10 alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.

Namun terdapat masalah di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi.

Alas bebola ini boleh diganti jika haus atau rosak.

# Gear ratio – Ini adalah nisbah pergerakan putaran kekili berbanding putaran gelendung tangsi. Contohnya 4.9:1 membawa maksud satu pusingan karauan gelendung tangsi akan berpusing sebanyak 4.9 kali.

Semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tangsi ke dalam gelendungnya.

# Line Capacity – Perkataan ini merujuk kepada panjang tangsi yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili. Semakin halus diameter tangsi semakin banyak muatan tangsi boleh disimpan di dalam gelendung.

Terdapat dua jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili iaitu ib/yd atau dia/m.

Untuk ib/yd ia membawa makna kekuatan tangsi dalam paun dan panjang yang boleh diisi dalam ela.

# Manakala dia/m pula merujuk kepada ukurlilit tangsi yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tangsi 0.5 inci boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam gelendung kekili.

Tiga teknik pikat siakap kolam

Kalau disebut ikan kolam, ia ikan peliharaan sejak kecil. Jadi, ikan peliharaan biasanya diberi makan dedak dan ikan hancur. Namun sifat semula jadi ikan ialah ia dapat menilai makanan dan bijak membuat pilihan apabila bebas dari sangkar. Tiga jenis umpan terbaik untuk siakap kolam ialah udang, belanak dan beliak mata. Udang dan belanak hidup lebih mujarab manakala beliak mata sesuai dihiris.

Perambut 50 paun sama ada jenis biasa atau florokarbon biasa digunakan. Jika perambut terlalu kasar maka renangan ikan dan udang hidup tidak begitu menarik. Mata kail biasa digunakan ialah saiz 3/0 hingga 5/0 (Gamakatsu, Owner, Mustard) atau bernombor 8 untuk mata kail jenis Berkley, Marotu dan Shino.

Tiga teknik utama pemancing kolam iaitu menggunakan pelampung, teknik dasar tanpa ladung dan teknik ‘casting’ udang pasar (kopek kulit). Pemilihan teknik ini berpandukan kepada potensi semasa. Lihat sekeliling pemancing lain yang dapat ikan dan rujuk teknik yang efektif ketika itu. Ini kerana sifat ikan kolam kadang kala meronda dasar dan kadang kala berada di pertengahan kolam.

Cara ikat perambut dawai dengan tangsi



Sila rujuk kepada ikatan Albright berikut. Untuk tangsi, ia adalah warna merah dan warna oren pula mewakili perambut dawai. Lilit tangsi pada dawai dengan kemas dan ketat sebanyak 10 hingga 12 lilitan sebelum puncanya dimatikan pada hujung perambut dawai seperti gambar 3. Kemudian tarik tangsi sehingga ketat dan rapat ke hujung perambut dawai. Untuk kemasan terakhir potong kedua lebihan tangsi dan perambut dawai seperti gambar di bawah sekali.

Ikatan ini banyak saya lihat digunakan oleh tekong-tekong tempatan ketika menyambung perambut tangsi dengan perambut dawai.

Persediaan asas memancing di laut dalam

Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).

Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).

Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.

Perambut - Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).

Teknik - Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.

Waktu - Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.

Monday, July 26, 2010

Tip dan Keadah Pancingan Tenggiri.

Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.

Arus mati.

Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.

Arus perlahan.

Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.

Arus deras.

Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.

Hook Up:

hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.

tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.

spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.

spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.

spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.

spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.

spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.

keadah untuk spot 1:

semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.

keadah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.

keadah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.

keadah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.

keadah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.

Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.

Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)

teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.
1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.
2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.

Sunday, July 25, 2010

2nd Trip






hasil tangkapan di tuas laut..apa macam, ada beraniii...

1st Trip ke Tuas..





Pertama kali team kami turun ke laut,hasil tangkapan yang agak memuaskan..nasib baik semua tidak mabuk laut....08/05/2010

Che mie, sedi, rizal & md noor bersama hasil tangkapan(Paktipok).selepas terputus tali beberapa kali,akhirnya berjaya dinaikkan...8/5/2010

Sangkar, Senggatang Garam


yusran,md noor & azril bersama hasil tangkapan...bergambar je lebih,hasil kurang.....31/01/2009..

Che mie(kapten) bersama hasil tangkapannya diatas sangkar,senggatang garam..31/01/2009